Tat Nenas Gulung

Resepi Tat Nenas Gulung

Bahan bahan:

Doh: 1 kg tepung gandum, 1 ketul buttercup, 2 biji telur, 2 biji kuning telur(untuk disapu), 2 sudu teh esen vanila, 2 sudu teh esen nenas, majerin untuk melembutkan doh
Perasa dan hiasan: 1 biji nenas, 1 ½ cawan gula, 4 kuntum bunga cengkih, sehelai daun pandan

Cara membuat Tat Nenas:

Gaulkan semua bahan doh dan uli hingga lembut. Masak semua bahan perasa sehingga pekat dan sejukkan.Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan, kemudian letakkan jem nenas di atasnya dan gulung.Sapukan kuning telur diatasnya untuk nampak lebih berseri, dan bakar.

-: Selamat Mencuba :-

Dodol

Resepi Dodol

Bahan bahan:
1 gantang tepung pulut, 3 liter air suam, 2 liter santan pekat, 3 kg gula melaka, 3 kg gula pasir

Cara membuatnya:

Bancuh tepung pulut dengan air suam . Masukkan ke dalam kuali dan masak atas api sederhana. Bila mendidih masukkan santan. Kacau lagi hingga mendidih. Masukkan gula melaka dan gula pasir. Kacau selalu supaya adunan tidak melekit. Masak hingga benar benar likat. Sejukkan dan bolehlah dipotong.

-: Selamat Mencuba :-

Bahulu

Resepi Bahulu Raya

Bahan Bahan :
10 biji telur, 600gm tepung dan 350g gula.

Cara membuatnya:

Pukul telur dan gula sehingga kembang. Campurkan sedikit tepung dengan semangkuk kecil adunan telur. Pastikan jangan terlalu pekat dan terlalu cair. Panaskan acuan dan jika menggunakan kaedah dapur tradisional, letakkan bara api di atas dan bawah periuk. Tuangkan adunan ke dalam acuan tetapi jangan terlalu penuh. Bakar sehingga bahulu kuning keemasan.


-: Selamat Mencuba :-

Putu Kacang

Resepi Putu Kacang

Bahan-bahan:

1 kg kacang hijau
1 kg gula halus
250 gram air

Cara penyediaan:

Masak gula bersama air hingga gula cair sepenuhnya. Tutup api dan biarkan sejuk.
Sementara itu sangai kacang hijau hingga wangi dan masak.
Tumbuk dan tampi untuk asingkan kulit kacang hijau.
Kisar kacang hijau hingga halus.
Ayak kacang telah dikisar ke dalam air gula yang telah disediakan tadi.
Kacau rata dan sebati.
Biarkan seketika selama 3 jam.
Bentukkan putu acuan dengan acuan. Kemudian jemur hingga kering.


-: Selamat Mencuba :-

Serabi Telur

Resepi Serabi Telur

Bahan-Bahan: [Ingredients]
Bahan-bahan
Serabi:
200 gram tepung terigu
1 sendok teh baking powder
300 cc santan
1 butir telur, kocok
1/4 sendok teh garam
25 cc air daun suji
Saus:
200 cc santan
100 gram gula merah
1 sendok makan gula pasir
1 lembar daun pandan
1/4 sendok teh garam
Cara Memasak: [Cooking Instruction]
Cara membuat
Saus: campur semua bahan, aduk rata, lalu masak sambil terus diaduk hingga mendidih, angkat, sisihkan.

Serabi: campur tepung terigu dan baking powder, aduk rata, ayak, lalu sisihkan.

Campur santan, telur, dan garam, kocok hingga berbuih, lalu masukkan campuran tepung sedikit-sedikit sambil terus dikocok hingga rata, bagi adonan menjadi 2 bagian.

Ambil 1 bagian adonan, tambahkan air daun suji, aduk rata, sisihkan, lalu biarkan kedua adonan selama 1 jam.

Siapkan wajan anti lengket, olesi dengan 1/2 sendok makan minyak, panaskan di atas api sedang, lalu masukkan 3 sendok makan adonan (pilih salah satu adonan), diamkan sampai keluar lubang-lubang kecil, tutup wajan sampai matang, angkat, ulangi hingga semua adonan habis.

Sajikan serabi bersama-sama dengan sausnya


-: Selamat Mencuba :-

Skon Labu Cornflakes

Resepi Skon Labu Cornflakes

Bahan-bahan:

2 cawan tepung penaik
2 camca the serbuk penaik
1 camca besar gula
Secubit garam
1 cawan cornflakes
1 biji telur
200 gram labu yang telah dimasak
¼ atau 1/3 cawan susu segar

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar sehingga 220°C.
Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan gaul hingga sebati.
Masukkan cornflakes.
Campurkan telur dan labu dalam mangkuk lain, kemudian gaul hingga sebati.
Tambahkan campuran tepung dan ¼ cawan susu. Kalau campuran sedikit kering, tambahkan susu yang selebihnya.
Letakkan atas permukaan yang dialas dengan tepung dan gulung serta bentukkan kepada segiempat bujur berketebalan 5 cm.
Hiriskan permukaan atas sahaja untuk membuat 12 bahagian.
Letakkan di atas dulang bakar yang dialas dengan kertas minyak.
Masukkan dulang di atas rak tengah dalam ketuhar dan bakar selama 12-14 minit sehingga kembang dan warna keemasan.
Keluar dari ketuhar dan biarkan ia sejuk atas tuala kecil yang bersih.


-: Selamat Mencuba :-

Tempeyek / Rempeyek

Resepi Tempeyek / Rempeyek

Bahan – bahan

600 gram tepung beras
500 gram kacang tanah
1 biji kelapa
4 ulas bawang putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis- ditumbuk kasar
ikan bilis
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1.Campurkan tepung beras dengan santan. Kecairannya seperti menggoreng pisang.
2. Masukkan bahan tumbuk serta sedikit serbuk kunyit.
3. Panaskan sudip atau acuan dalam minyak panas.
4. Sudukan sedikit adunan keatas sudip/acuan.Taburkan kacang yang telah dibasuh dan dikeringkan serta ikan bilis.
5. Goyangkan dalam minyak panas hingga tanggal daripada sudip. Goreng hingga garing .


-: Selamat Mencuba :-

Puding Mocha

Resepi Puding Mocha

Bahan A

1 liter air
200 gram gula pasir
20 gram serbuk agar-agar

Bahan B

410 ml susu cair
6 biji kuning telur

Bahan C

1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu the serbuk kopi segera
2 sudu besar tepung jagung

Bahan D

3 biji putih telur
50 gram gula halus

Cara penyediaan:

Satukan bahan A di dalam periuk. Panaskan di atas api kecil.
Dalam bekas lain, satukan bahan B dan pukul sebati.
Dalam bekas lain, satukan bahan C dan gaul sebati.
Satukan bahan A dan B. Kacau rata.
Tapis adunan yang telah dikacau sebati tadi ke dalam periuk yang berisi bahan A tadi.
Kacau hingga pekat dan tutup api.
Sementara itu satukan bahan D dan pukul hingga separuh kembang.
Tuangkan bncuhan bahan D ke dalam adunan agar-agar yang telah di masak tadi.
Kaup dan balikkan sehingga sebati.
Tuang ke dalam acuan puding yang anda sukai.
Sejukkan hingga keras. Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Sedap dimakan sejuk bersama koktail buah-buahan.


-: Selamat Mencuba :-

Puding Lapis

Resepi Puding Lapis

Bahan A:

½ bungkus agar-agar
125 ml air laici
10 biji buah laici
200 ml air
125 gram gula
Sedikit pewarna merah

Bahan B:

½ bungkus agar-agar
200 ml air
125 gram gula
½ tin krim jagung
¼ tin susu cair
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
Sedikit pewarna kuning

Bahan C:

½ bungkus agar-agar
200 ml air
2 keping roti
1 sudu kecil serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung
125 gram gula

Cara penyediaan:

Untuk menyediakan bahan A, masak agar-agar dengan air hingga mendidih.
Masukkan gula, air laici, buah laici dan pewarna merah. Kemudian tuang ke dalam bekas.

Untuk menyediakan bahan B, masak agar-agar dengan air hingga mendidih.
Masukkan gula, susu cair, krim jagung, tepung jagung, tepung beras dan sedikit pewarna kuning. Kacau sehingga masak. Kemudian tuangkan ke dalam bekas di atas bahagian A tadi.

Untuk menyediakan bahan C pula, rendam roti bersama koko sehingga kembang. Masak agar-agar bersama air sehingga mendidih. Masukkan gula, serbuk koko roti yang direndam serta tepung jagung. Kacau hingga betul-betul masak. Kemudian tuang ke atas bahan B tadi. Biarkan sejuk dan memejal. Hiaskan dengan hirisan limau dan kulit kayu manis.

-: Selamat Mencuba :-

Puding Laici

Resepi Puding Laici

Bahan-bahan:

30 gram agar-agar
250 gram gula
3 sudu besar tepung kastard
6 cawan air
2 cawan air laici
1 butir telur
1 sudu marjerin
3 helai daun pandan (disimpulkan)
1 tin susu cair
Sedikit pewarna kuning
Sedikit pewarna coklat

Cara penyediaan:

Masak agar-agar bersama air dan daun pandan. Bila mendidih, masukkan tepung kastard yang dicampurkan dengan susu, telur marjerin, air laici dan gula.
Bila sudah masak, bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan warna kuning dan 1 bahagian lagi dicampurkan dengan warna coklat.
Kemudian tuangkan ke dalam acuan bermula dengan warna coklat diikuti dengan warna kuning. Sejukkan.
Setelah memejal, keluarkan dari acuan, hiaskan dengan potongan buah laici dan ceri di atasnya.


-: Selamat Mencuba :-

Puding Aiskrim Keladi

Resepi Puding Aiskrim Keladi

Bahan
2 s/b serbuk agar-agar [1 bungkus agar-agar panjang tu]
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 s/b tepung jagung
2 cawan aiskrim keladi
pewarna purple
hiasan..sebarang pilihan

Cara
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendideh.
4. Angkat dari api dan tapiskandalam mangkuk besar.
5. Masukkan aiekrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.
7. Masukkan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi.
8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan.
9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
10. Hidangkan sejuk.


-: Selamat Mencuba :-

Puding Beras Mangga

Resepi Puding Beras Mangga

Bahan-bahan:

250 gram perisa mangga
100 gram beras
200 gram susu cair
2 biji buah mangga
10 biji cili merah
2 liter air
250 gram gula

Cara penyediaan:

Rebus beras bersama susu cair dan gula. Angkat setelah nasi kembang
Didihkan air. Apabila sudah mendidih masukkan ke dalam mangkuk besar.
Masukkan perasa mangga perlahan-lahan hingga larut.
Masukkan nasi yang telah kembang tadi dan gaul rata.
Tuangkan ke dalam acua dan sejukkan.
Akhir sekali hiaskan dengan hirisan buah mangga dan buah ceri.


-: Selamat Mencuba :-

Kastard Koktail Berkrim

Resepi Kastard Koktail Berkrim

Bahan-bahan:

4 sudu besar tepung kastard
1 tin buah-buahan campuran
125 ml susu cair
2 sudu besar kismis hitam
4 cawan air
Gula dan garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Campurkan 4 cawan air dengan tepung kastard. Kacau sebati dan tuangkan pula air buah-buahan. Kacau atas api kecil hingga masak. Masukkan buah-buahan campuran dan kacau sehingga rata. Tuangkan ke dalam mangkuk dan sejukkan ke dalam peti sejuk.

Untuk membuat kuah, campurkan 2 sudu besar kastard dengan 1 cawan air. Kacau hingga larut. Masukkan susu cair dan kacau lagi hingga pekat. Masukkan kismis hitam dan sejukkan ke dalam peti sejuk.

Hidangkan puding bersama kuah dan hiasi dengan buah ceri.


-: Selamat Mencuba :-

Kek Coklat Mocca Kukus

Resepi Kek Coklat Mocca Kukus

Bahan-Bahan:
Bahan A
1 ketul butter [250 gm]
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar /gula kastor
1 cawan susu cair
1 s/b nescafe
1/2 cawan susu manis

3 biji telur
1 tsp esen vanilla

1 1/4 cawan tepung gandum }
1 tsp baking powder }di ayak bersama
1/2 tsp soda bicarbonate }
Cara Memasak:
1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhana�.kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.
2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan koko [no 1].
3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.
4. Panaskan kukusan.
5. Tuang adunan dalam acuan .
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih pendek.

Make sure tudung kukusan kering semasa menutup semula periuk kukusan.


-: Selamat Mencuba :-

Kek Puding Jeli

Resepi Kek Puding Jeli

Bahan-bahan:

1 kotak jeli
2 cawan air panas
5 sudu besar tepung kastard
½ tin susu cair
3 cawan air
1 gulung kek swiss roll
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Bancuh tepung kastard dengan air, susu cair dan garam. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat.
Susun potongan kek di dalam bekas. Tuang adunan pudding di atas susunan kek. Sejukkan puding hingga keras.Guris permukaan puding dengan pisau.
Kacau serbuk jeli dengan air panas hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas puding tadi dan sejukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah sejuk bolehlah dihidangkan.

-: Selamat Mencuba :-

Kek Cheese

Resepi CHEESE CAKE

Bahan-Bahan: [Ingredients]
BASE
1 biji span biasa/vanilla nipis dalam acuan bulat 9 inci

INGREDIENTS A:
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla

INGREDIENTS B:
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor
1/2 s/k cream of tartar
1 s/b tepung jagung
Hiasan..cream coklat cair
Oven setting 150'C
Masa Bakar 1 jam secara steam-bake

Cara Memasak: [Cooking Instruction]
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dan gebu.
5. Campurkan bahan B kedalam bahan A. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan yg sedia ada kek span nipis tadi.
8. Masukkan acuan ini dalam acauan yg lebih besar dan masukkan air.
9. Bakar sehingga masak.
10. Kelauarkan kek dan sejukkan. Hiaskan dengan coklat cair.
11. Bila nak potong gunakan pisau pelastik yg telah dicelupkan dalam air panas.



-: Selamat Mencuba :-