Skon Labu Cornflakes

Resepi Skon Labu Cornflakes

Bahan-bahan:

2 cawan tepung penaik
2 camca the serbuk penaik
1 camca besar gula
Secubit garam
1 cawan cornflakes
1 biji telur
200 gram labu yang telah dimasak
¼ atau 1/3 cawan susu segar

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar sehingga 220°C.
Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan gaul hingga sebati.
Masukkan cornflakes.
Campurkan telur dan labu dalam mangkuk lain, kemudian gaul hingga sebati.
Tambahkan campuran tepung dan ¼ cawan susu. Kalau campuran sedikit kering, tambahkan susu yang selebihnya.
Letakkan atas permukaan yang dialas dengan tepung dan gulung serta bentukkan kepada segiempat bujur berketebalan 5 cm.
Hiriskan permukaan atas sahaja untuk membuat 12 bahagian.
Letakkan di atas dulang bakar yang dialas dengan kertas minyak.
Masukkan dulang di atas rak tengah dalam ketuhar dan bakar selama 12-14 minit sehingga kembang dan warna keemasan.
Keluar dari ketuhar dan biarkan ia sejuk atas tuala kecil yang bersih.


-: Selamat Mencuba :-

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.