Kuih Bingka Ubi

Resepi Kuih Bingka Ubi

Bahanbahan :
1) 5 cawan ubi parut
2) 6 cawan santan pekat
3) 3 biji telur ayam
4) 2 cawan gula pasir
5) 1 cawan gula merah
6) 1 sudu teh garam

Cara :
1) Masukkan semua bahan kecuali minyak masak di dalam mangkuk dan digaul rata.
2) Sapu rata loyang dengan minyak masak. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.
3) Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakarpada suhu 180'C selama 1 jam /masak.
4) Sejukkan dan potong.

Sedia untuk dihidangkan.

-: Selamat Mencuba :-

Kuih Bingka Tepung Gandum

Resepi Kuih Bingka Tepung Gandum

Bahanbahan :
1) 6 biji telur
2) 1 tin susu cair
3) 2 tin air
4) 4 cawan tepung gandum
5) 2 cawan gula

Cara :
1) Campur semua bahan, kisar dan tapis.
2) Sapu rata loyang dengan minyak.
3) Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180°c selama 50 minit/masak.
4) Sejukkan dan potong.

Sedia untuk dihidangkan.

-: Selamat Mencuba :-

Kuih Bingka Tepung Beras

Resepi Kuih Bingka Tepung Beras

Bahanbahan :
1) 2 cawan tepung beras
2) 1 cawan gula pasir
3) 1 sudu teh garam
4) 6 cawan santan
5) 1 helai daun pandan

Cara :
1) Kisar semua bahan kecuali daun pandan sehingga halus.
2) Masukkan daun pandan dan masak sambil dikacau atas api perlahan hingga naik wap. Tutup api dan kacau sehingga kental.
3) Sementara itu sapu rata loyang dengan minyak.
4) Angkat daun pandan dan tuang adunan ke dalam loyang.
5) Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar atas bawah pada suhu 180' C selama 1 ½ jam /masak.
6) Sejukkan dan potong.

Sedia untuk dihidangkan.

-: Selamat Mencuba :-

Kuih Bingka Kukus

Resepi Kuih Bingka Kukus

Bahanbahan :
1) 1 cawan air
2) ½ sudu teh garam
3) 2 cawan ubi kayu parut
4) ½ biji kelapa parut
5) ½ sudu teh pewarna merah

Bahan sira :
1) ½ cawan air
2) 1 keping gula melaka (hancurkan)
3) 1 helai daun pandan, disimpulkan

Cara :
1) Panaskan pengukus. Sapu rata minyak pada loyang.
2) Gaul sehingga sebati ubi kayu, air & bahan pewarna. Masukkan adunan ke dalam loyang.
3) Kukus selama ½ jam atau hingga masak. Biarkan sejuk. Potong kepada bentuk bentuk yang disukai.
4) Gaul garam bersama kelapa parut. Salut kepingankepingan bingka dengan kelapa.
5) Satukan gula melaka, air & daun pandan dalam periuk lain dan masak hingga larut. Besarkan api dan didihkan hingga menjadi sira yang pekat.
6) Hidang bingka bersama air sira.

Sedia untuk dihidangkan.

-: Selamat Mencuba :-

Kuih Bingka Kastard

Resepi Kuih Bingka Kastard

Bahanbahan :
1) 2 cawan tepung gandum
2) ½ cawan tepung kastad
3) 2 biji telur
4) 1 cawan gula pasir
5) ½ cawan marjerin (cairkan)
6) 410 ml susu sejat
7) 4 cawan jus pandan
8) ½ sudu teh pewarna hijau
9) ½ cawan bijan (goreng tanpa minyak)

Cara :
1) Panaskan ketuhar pada suhu 180°c selama 10 minit
2) Kisar kesemua bahan kecuali bijan dan tapis.
3) Sementara itu sapu rata acuan/loyang dengan minyak.
4) Masuk acuan /loyang ke dalam ketuhar. Bakar pada suhu 180'C selama ½ jam.
5) Keluarkan dari ketuhar, taburkan bijan dan sambung bakar selama 20 minit atau sehingga nampak masak.
6) Sejukkan dan potong

Sedia untuk dihidangkan.

-: Selamat Mencuba :-

Kuih Bingka Jagung

Resepi Kuih Bingka Jagung

Bahanbahan :
1) 500 gram santan
2) 1 sudu teh garam
3) 3 biji telur
4) 200 gram tepung gandum
5) 100 gram gula
6) 50 gram marjerin
7) 2 sudu makan tepung kastad
8) ½ tin jagung berkrim
9) ½ cawan bijan (goreng tanpa minyak)

Cara :
1) Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
2) Masukkan ke dalam periuk dan masak sebentar di atas api.
3) Sementara itu sapu rata acuan atau loyang dengan marjerin.
4) Tuang adunan ke dalam acuan/loyang. Taburkan bijan goreng di atasnya. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180° selama sejam / hingga masak.
5) Sejukkan dan potong.

Sedia untuk dihidangkan.

-: Selamat Mencuba :-

Kuih Bingka Bakar

Resepi Kuih Bingka Bakar

Bahanbahan:
1) 6 biji telur
2) 1 tin susu cair
3) 2 tin air
4) 4 cawan tepung gandum
5) 2 cawan gula pasir
6) ½ cawan jus pandan
7) ½ cawan bijan (goreng tanpa minyak)

Cara :
1) Kisar semua bahan kecuali bijan dan minyak masak.
2) Sapu acuan atau loyang dengan minyak masak.
3) Tuangkan dunan tadi ke dalam acuan /loyang.
4) Masuk acuan /loyang ke dalam ketuhar. Bakarpada suhu 180'C selama ½ jam.
5) Keluarkan dari ketuhar, taburkan bijan dan sambung bakar selama 20 minit atau sehingga nampak masak.
6) Sejukkan dan potong

Sedia untuk dihidangkan.

-: Selamat Mencuba :-

Kuih Bebola Ubi Keledek

Resepi Kuih Bebola Ubi Keledek

Bahanbahan:
1) 2 cawan ubi keledek (rebus dan lecek)
2) ½ cawan gula pasir
3) 1 biji telur
4) ½ sudu serbuk penaik
5) ½ cawan tepung gandum
6) ½ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
7) Garam secukup rasa

Cara :
1) Gaul rata ubi keledek bersama gula.
2) Masukkan telur, tepung sedikit demi sedikit bersama serbuk penaik dan garam membentuk doh. Uli doh hingga tak melekat di tangan. (jika masih melekt,
tambah lagi sedikit tepung)
3) Bentukkan doh bulatbulat.
4) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
5) Goreng doh yang telah dibentuk sehingga warna keemasan. Angkat dan tos.

Sedia untuk dihidangkan.

-: Selamat Mencuba :-

Kuih Badak Berendam

Resepi Kuih Badak Berendam

Bahanbahan:
1) ½ bungkus tepung pulut
2) 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
3) ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
4) 3 cawan santan
5) 1 cawan gula merah
6) 1 cawan air
7) 1 sudu teh garam

Cara :
1) Kelapa parut digaul denagn gula merah dan dimasak hingga menjadi inti.
2) Panaskan kukusan.
3) Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.
4) Bentukkan doh lembut bulatbulat dan isi inti di dalamnya.
5) Sementara itu bancuh santan bersama garam.
6) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
7) Kemudian kukus hingga masak.
8) Sejukkan.

Sedia untuk dihidangkan.


-: Selamat Mencuba :-

Apam Seri Ayu

Resepi Apam Seri Ayu

Bahanbahan
1) 3 biji telur
2) 240 gram gula
3) 240 ml santan atau susu segar
4) 1 sudu makan jus pandan
5) 270 gram tepung gandum
6) 1 sudu teh ovallate
7) 1 sudu makan tepung kanji
8) 1 biji kelapa muda parut (ambilputih sahaja)
9) Garam secukup rasa

Cara :
1) Telur dikisar bersama gula hingga kembang.
2) Masukkan santan/susu segar, ovallate dan tepung gandum. Kisar sehingga sebati.
3) Panaskan kukusan dan sapu rata minyak pada acuan.
4) Gaul rata kelapa dan garam.
5) Masukkan sedikit kelapa tadi ke dalam acuan. Tekan hingga padat.
6) Tuang adunan tepung memenuhi acuan tadi.
7) Kukus hingga masak anggaran selama 15 minit. Keluarkan daripada acuan.

Sedia untuk dihidangkan.

-: Selamat Mencuba :-

Apam Tapai Tepung Beras

Resepi Apam Tapai Tepung Beras

Bahanbahan :
1) 2 cawan tapai pulut
2) 500 gram tepung beras
3) 2 cawan gula
4) 4 cawan air
5) 1 bungkus garam eno (pelega kembung perut)
6) ½ sudu teh pewarna (jika perlu)
7) 1 biji kelapa muda parut (ambil putih sahaja)
8) 1 sudu teh garaļ½

Cara :
1) Masukkan gula, air dan tapai ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
2) Masukkan tepung beras dan peram sekurang-kurangnya 4 jam.
3) Kemudian masukan garam eno dlm adunan perapan tadi dan perap lagi selama sekurang-kurangnya 1 jam.]
4) Tambah pewarna jika suka, kacau dan masukkan ke dlm acuan. Kukus selama 20 minit.
5) Sementara itu gaulkelapa bersama garam.
6) Setelah apam masak, keluarkan dari acuan dan tabur kelapa parut.

Sedia untuk dihidangkan.

-: Selamat Mencuba :-

Apam Pisang Coklat

Resepi Apam Pisang Coklat

BahanBahan :
1) 2 cawantepung gandum
2) 2 sudu makancawanserbuk koko
3) 1 sudu tehsoda bikarbonat
4) 1 sudu tehbaking powder

*bahan 1-4 (Campur & Ayak)

5) ½sudu tehgaram
6) 1 cawanpisang emaslecek
7) 1 cawanminyak masak
8) 1 ½cawangula perang
9) 2 bijitelur(pukul)

Cara :
1) Panaskankukusan.
2) Masukkanbahanyang telahdiayak ke dalammangkuk.
3) Masukkanbahanbahanyang tidak diayak ke dalamadunantadi. Gaulsebati.
4) Masukkandalamacuankecilatau loyang.
5) Kukusselama ½jamatau sehingga masak.

Sedia untuk dihidangkan.


-: Selamat Mencuba :-

Apam Gula Hangus

Resepi Apam Gula Hangus

Bahanbahan :
1) 1 gelas gula
2) ½ gelas air
3) ½ gelas gula
4) 3 biji telur
5) 1 gelas santan atau susu segar
6) 2 ½ gelas tepung gandum
7) 2 sudu teh soda bikarbonat

Cara :
1) Panaskan kukusan.
2) Pukul telur dan gula sehingga naik dan kembang.
3) Masukkan gula hangus dan tepung gandum dan soda bikarbonat.
4) Masukkan santan atau susu segar dan gaul rata.
5) Masukkan adunan kedalam loyang.
6) Kukuskan selama 10 15 minit.
7) Sejukkan dan potong.

Sedia untuk dihidangkan
-: Selamat Mencuba :-

Apam Balik

Resepi Apam Balik

Bahanbahan :

Bahan untuk kulit
1) 2 cawan tepung gandum
2) ½ cawan gula
3) ½ sudu kecil soda bikarbonat
4) 1 sudu kecil pewarna kuning
5) 1 biji telur
6) 1 ½ cawan air
7) ½ sudu teh serbuk penaik

Bahan taburan
1) Sedikit mentega
2) 1 cawan kacang tanah (dimesin)
3) 1 tin jagung manis
4) ½ cawan coklat urai
5) ½ cawan gula pasir

Cara :
1) Kisar gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Kisar hingga sebati.
3) Masukkan tepung dan kisar lagi supaya tidak berketul.
4) Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). Panaskan kuali dengan api kecil.
5) Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan pada kuali leper (pan). Biarkan separuh masak.
6) Taburkan bahan taburan. Masak hingga kekuningan.
7) Setelah masak,lipat dua. Dan dipotong 4 / 6.

Sedia untuk dihidangkan.

-: Selamat Mencuba :-

Agar Agar Santan

Resepi Agar Agar Santan

Bahan bahan :

1) 1 bungkus agar agar(rendam sehingga kembang)
2) 5 cawan air
3) 1 cawan gula merah
4) ½ cawan gula pasir
5) 3 cawan santan
6) 2 biji telur
7) 1 helai daun pandan

Cara :

1) Masukkan agaragar,
air dan daun pandan di dalam periuk. Masak dengan api
sederhana sehingga agaragar
hancur dan mendidih.
2) Masukkan gula merah dan gula pasir. Kacau dan biarkan mendidih.
3) Tapis bahanbahan
tadi ke dlm periuk lain. Biarkan mendidih.
4) Sementara itu gaul telur dan santan sehingga sebati.
5) Tapis adunan telur dan santan ke dalam adunan agaragar.
Kacau dan biarkan
mendidih seketika.
6) Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan.\
7) Sejukkan dan potong.

Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

Kuih Abuk Abuk

Resepi Kuih Abuk Abuk

Bahanbahan :

1) 300 gram sagu biji
2) 1 cawan gula melaka (dipotong kecil) atau gula merah
3) ½ biji kelapa parut (bahgian lembut sahaja)
4) Daun pisang (dipotong segi empat sama)
5) Garam secukup rasa
6) Lidi (kerat kecil) untuk sematan
7) 2 helai daun pandan (masuk dalam air kukusan)
Cara :

1) Bilas sagu dengan air bersih dan toskan.
2) Campurkan sagu biji dengan kelapa dan gram. Gaul rata.
3) Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan
campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
4) Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.
5) Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh,
tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
6) Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
7) Kukus selama 30~40 minit.
Sedia untuk dihidangkan.

Ketupat Daun Palas

Resepi Ketupat Daun Palas

Bahan-Bahan: [Ingredients]
4 tin susu beras pulut
1 biji kelapa (ambil santan pekat)
Sedikit garam
Daun palas secukup kegunaan
Cara Memasak: [Cooking Instruction]
Beras pulut dibersih, kemudian direndam, dibasuh dan toskan airnya. Setelah itu dikukus separuh masak.

Angkat & gaulkan dengan santan yang dicampur garam, kukuskan semula. Bila pulut telah masak angkat & sejukkan setelah itu bungkuskan didalam daun palas & rebus didalam air panas yang telah mendidih sehingga cukup tanak.

Setelah itu keluarkan & gantungkan supaya sejuk.

Chocolate Bubble Rice

Resepi Chocolate Bubble Rice

Bahan A
130 gram mentega
1 biji kuning telur
60 gram gula halus
¼ sudu kecil pes coklat

Bahan B
150 gram tepung superfine
30 gram tepung jagung
10 gram susu tepung

Bahan C
60 gram coklat bubble rice
40 gram oklat urai (chocolate rice)

Bahan hiasan
Mangkuk kertas
Coklat bubble rice
Snow powder

Penyediaan
Putar bahan-bahan A hingga kembang.
Ayak bahan-bahan B, gaulkan bersama bahan C.
Masukkan adunan ke dalam bancuhan A dan putar sehingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas, taburkan coklat bubble rice. Sejukkan.
Apabila sejuk, ayakkan snow powder di atas biskut.

Nota: Snow powder adalah sejenis gula aising yang tidak cair apabila dimasukkan ke dalam peti sejuk. Jika tiada snow powder, boleh digantikan dengan gula aising.

Biskut Sweet Jacob

Resepi Biskut Sweet Jacob

Bahan A
280 gram mentega
100 gram gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen nenas
1 sudu kecil esen pudina

Bahan B
360 gram tepung gandum (ayak)
1/8 sudu kecil emplek (ayak)
100 gram biskut Jacob high fibre (kisar)

Bahan C
Kuning telur

Penyediaan
Pukul bahan A hingga sebati.
Satukan bahan B dan masukkan ke dalam bahan A.
Rehatkan adunan selama 20 minit. Canai dan terapkan.
Sapukan kuning telur dan letakkan bahan hiasan.Bakar hingga masak

Biskut Sweet Heart

Resepi Biskut Sweet Heart

Bahan A

180 gram mentega
80 gram gula halus
1 biji kuning telur
2 sudu kecil perisa jagung

Bahan B

200 gram tepung gandum superfine (ayak)
20 gram tepung kentang (ayak)
20 gram tepung aiskrim (ayak)
1/8 sudu kecil serbuk penaik
20 gram oat (kisar)
20 gram badam cincang

Bahan hiasan

Kuning telur
Love sweeties
Sandi sugar

Penyediaan

Putarkan bahan-bahan A hingga sebati.
Campurkan bahan B dan masukkan ke dalam adunan A.
Gaul hingga menjadi doh.
Rehatkan selam 20 minit.
Canaikan dan terap dengan acuan.
Sapukan kuning telur, taburkan bahan hiasan.
Bakar hingga masak.

Biskut Mini Mentega Kacang

Resepi Biskut Mini Mentega Kacang

BAHAN-BAHAN:

1 sudu besar air
2 cawan tepung serba guna
1 ½ cawan gula
½ cawan mentega
½ cawan Mentega Kacang
2 biji telur
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
1 ½ sudu teh vanila ekstrak
6 auns mini semisweet cip coklat (1 cawan)



PENYEDIAAN:

Panaskan ketuhar pada 375° .

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan.

Putar gunakan pengadun elektrik (electric mixer) hingga sebati.

Tingkatkan kelajuan mixer pada kelajuan sederhana. Putar selama kira-kira 2 minit sambil mengikis bahan-bahan yang melekat pada bahagian tepi keliling mangkuk dari semasa ke semasa.

Masukkan coklat cip mini.

Dengan sudu teh, sudukan adunan membentuk setompok-setompok di atas loyang pembakar. Pastikan jaraknya dalam 2 inci antara satu sama lain. Bakar selama 12 ~15 minit atau sehingga warnanya menjadi coklat keemasan.

Setelah masak, angkat dan sejukkan pada suhu bilik. Sedia untuk dihidangkan.

Simpan dalam bekas yang dengan ketat dan kedap udara. Tahan sehingga 3 minggu. Boleh juga disimpan di dalam peti ais untuk jangkamasa yang lebih lama.

Biskut Hazelnut

Resepi Biskut Hazelnut
Bahan A

180 gram mentega
90 gram gula halus
1 biji kuning telur
¼ sudu kecil mentega emulco

Bahan B (ayak)

320 gram tepung gandum superfine
30 gram tepung jagung
30 gram tepung sagu
1/8 sudu kecil serbuk penaik

Bahan C

50 gram Nestle almond cluster (kisar)
50 gram biskut cheese cracker (kisar)
1 keping keju cheddar (cincang halus)

Bahan D

Kacang hazel secukupnya (bakar)

Bahan hiasan

Mangkuk kertas
Coklat putih
Sandi sugar

Penyediaan

Bahan A diputar hingga sebati dan masukkan bahan B.
Satukan bahan C dan campurkan dalam adunan tadi.
Uli hingga menjadi doh.
Bulat-bulatkan doh, masukkan kacang hazel di tengah-tengahnya.
Bakar hingga masak dan sejukkan.
Panaskan coklat putih secara double boiler.
Celup biskut yang telah di masak ke dalam coklat putih dan letakkan ke dalam mangkuk kertas.
Tabur sandi sugar di atasnya.

Biskut Cornflake Crunchy

Resepi Biskut Cornflake Crunchy

Bahan A

90 gram gula halus
100 gram mentega
25 gram marjerin
¼ sudu kecil esen vanilla
Secubit garam

Bahan B

1 biji telur

Bahan C (ayak)

150 gram tepung kek
1/8 sudu kecil serbuk penaik
1/8 sudu kecil soda bikarbonat
1/8 sudu kecil emplek

Bahan D

Cornflakes secukupnya (ramas kasar)

Penyediaan

Putarkan bahan A hingga kembang selama 10-15 minit.
Masukkan bahan B dan putarkan lagi hingga sebati.
Akhir sekali masukkan bahan C dan putar hingga sebati.
Rehatkan adudan ke dalam chiller semalaman.
Keluarkan dari chiller dan ambil sebnyak 1 sudu kecil dan gaulkan dengan cornflaes.
Susun di atas adunan pembakar dan bakar hingga garing.

Biskut Chips Prizzled

Resepi Biskut Chips Prizzled

180 gram mentega
½ sudu kecil coklat emulco
50 gram gula halus
100 gram gula perang

Bahan B

1 biji telur

Bahan C

260 gram tepung kek (ayak)
¼ sudu kecil soda bikarbonat (ayak)
1/8 sudu kecil emplek (ayak)
160 gram coklat chips
60 gram walnut

Bahan hiasan

Coklat putih

Penyediaan

Putar bahan A hingga kembang. Masukkan Bahan B dan C.
Rehatkan adunan di dalam chiller semalaman.
Keluarkan adunan dari chiller dan biarkan pada suhu bilik.
Bentukkan bulat-bulat dan tekan dengan garpu.
Bakar hingga masak dan sejukkan.
Panaskan coklat putih secara double boiler.
Hiaskan di atas biskut.

Biskut Buah-Buahan Campuran

Resepi Biskut Buah-Buahan Campuran

Bahan-bahan:

250 gram tepung naik sendiri
60 gram tepung kastard
100 gram buah-buahan campuran ceri
2 butir telur
3 sudu kecil essen vanilla
1 tin susu pekat

Cara penyediaan:

Ayak tepung gandum bersama tepung kastard. Masukkan mentega dan ramas menjadi serbuk roti.
Masukkan buah-buahan campuran ceri, essen vanilla dan tepung.
Lumur rata loyang pembakar dengan minyak masak.
Bentukkan biskut dan bakar selama 20 minit pada suhu 180°C sehingga biskut hingga kekuningan.

Biskut Black Beauty

Resepi Biskut Black Beauty

Bahan A
250 gram mentega
100 gram gula halus
¼ sudu kecil esen cappuccino

Bahan B
40 gram telur putih

Bahan C (ayak)
270 gram tepung gandum
70 gram tepung kek
½ sudu kecil serbuk penaik
15 gram serbuk koko

Bahan hiasan
Coklat urai (chocolate rice)
Badam
Hundred & thousand

Penyediaan
Putar bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B dan C.
Gaul sebati. Masukkan ke dalam nozzle, paipkan seperti kulit kerang.
Letakkan badam kecil di tepi biskut. Bakar hingga masak.Sejukkan, hiaskan dengan bahan hiasan.

Biskut Bintang Kayu Manis

Resepi Biskut Bintang Kayu Manis

Bahan-Bahan: [Ingredients]
- 200 gm tepung serba guna
- 480 gm badam, dikisar halus
- 390 gm gula halus
- 5 biji telur putih
- 320 gm gula aising
- 15 gm serbuk kulit kayu manis
- 2 biji putih telur - aising royal
- 350 gm gula aising, diayak - aising royal
- 2 titik perahan limau susu - aising royal
Cara Memasak: [Cooking Instruction]
- Satukan semua bahan dan gaul hingga rata. Jika adunan terasa kering, tambah putih telur. Jika terlalu lembik, tambah gula aising. Canai adunan setebal 1.25 cm.

- Ratakan aising royal di atas adunan dan simpan sejam di dalam peti sejuk hingga adunan keras sedikit.

- Celup acuan bintang ke dalam tepung lalu terap adunan ini.

- Susun biskut di atas dulang bakar yang dilengserkan dengan sedikit mentega dan dialas kertas minyak.

- Bakar 10-15 minit pada suhu 180'C.

- Untuk menyediakan aising royal, satukan semua bahan aising royal dan gaul hingga sebati.

Biskut Coklat Chips Rangup

Biskut Coklat Chips Rangup

Bahan A
125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara

Biskut Coklat Chips

Biskut Coklat Chips

Bahan
160 g butter
80 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 s/k essen vanilla
200 g coklat cips
50 gm bubble rice
50 gm cornflake kisar
200 g tepung naik sendiri
1 s/b serbuk koko

Hiasan
coklat cair
chips putih [white chocolate drops]

Cara
1. Pukul gula dan butter sehingga hancur.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata
3. Masukan bubble rice, cornflake kisar dan coklat chips.
4. Masukkan tepung dan bahan yg telah diayak. Gaulkan rata.
5. Sudukan atas paper-cup kecil.
6. Bakar dalam pre-heat oven suhu 180'C selama 15 - 20 minit.
7. Bila sejuk hiaskan dengan coklat cair dan chips puth.
7. Sejukkan dahulu baru disimpan.