Apam Tapai Tepung Beras

Resepi Apam Tapai Tepung Beras

Bahanbahan :
1) 2 cawan tapai pulut
2) 500 gram tepung beras
3) 2 cawan gula
4) 4 cawan air
5) 1 bungkus garam eno (pelega kembung perut)
6) ½ sudu teh pewarna (jika perlu)
7) 1 biji kelapa muda parut (ambil putih sahaja)
8) 1 sudu teh garaļ½

Cara :
1) Masukkan gula, air dan tapai ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
2) Masukkan tepung beras dan peram sekurang-kurangnya 4 jam.
3) Kemudian masukan garam eno dlm adunan perapan tadi dan perap lagi selama sekurang-kurangnya 1 jam.]
4) Tambah pewarna jika suka, kacau dan masukkan ke dlm acuan. Kukus selama 20 minit.
5) Sementara itu gaulkelapa bersama garam.
6) Setelah apam masak, keluarkan dari acuan dan tabur kelapa parut.

Sedia untuk dihidangkan.

-: Selamat Mencuba :-

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.